Header baharu HBJ!

Nisha | 22:08:00 | 1Comments |
(Header terkini)

vs

(Header sebelum)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
Yay! HBJ dah ada header baru! hihi. Amacam? Okey tak?? Nisha edit header ni tak sampai satu jam. Dalam 45 minit macam tu ja. Aplikasi yang Nisha guna ada tiga.

  • PicsArt
  • Vscocam
  • Phonto

Kesemuanya free dan antara app yang mantop. Sepatutnya Nisha edit guna Photoshop CS4. Tapi entah macam mana Photoshop tu dah tak boleh nak digunakan. Adeh.. Kelam kabutlah juga download app PicsArt. Yang Phonto & Vscocam memang dah ada dalam phone. Alhamdulillah, menjadi haha. Jangan terkejut kalau Nisha kata Nisha lukis dulu gambaran header kat atas kertas sebelum mula edit. >.< Alah, Nisha percaya ramai lagi kat luar sana buat macam tu ye dak? Lagi-lagi yang memang jenis buat kerja teliti dan kemas. *eh terpuji diri sendiri pulak =P*


Mak Nisha pun ada puji cantik. Pergh, time dia puji tuu dah kembang satu swimming pool~ *erk!* Yelah, mak kita yang puji kan. Selalunya ibu-ibu semua akan cakap benda yang jujur. Tersengih macam kerang busuk je lah Nisha time tu ihihihi >//<


Lepastu ada pulak peristiwa bengong terjadi haha. Time Nisha edit tu memang Nisha buat HD. (High Definition) Memang ikut dia punya width & height. Dengan konfiden lah rasa header baru ni akan muat dalam blog. Last-last dia jadi macam:


Hamek kau! =.= Lepastu bila kita shrink kan dia, dia jadi macam :


Pulak dahh. =_____= Nisha siap buat entry lagi macam mana nak bagi header tu fit dalam blog. Kot kot ada kawan blogger yang boleh bantu kann. Dah lama-lama tu barulah perasan yang headernya tak sama ukuran dengan header yang lama. Nisha pun perbetulkan ukuran dan terus masuk dalam blog.

Tadaaa!! menjadi! haha

Bengong kan? hahaha. Apa-apa pun, harap korang suka dengan header baru ni ^_^

Background dan banner pun Nisha tambah sikit filter VSCO. Ala-ala Tumblr vibe gituuu hoho. Header ja Nisha tambah Fade sikit sebab nak jadikan dia warna kelabu sama dengan border blog. Oh ya, kalau korang perasan, ada ayat dalam header HBJ yang terbaru, Ayatnya berbunyi,

Tersebutlah kisah;
Tergelincirnya sebuah hadiah;
Dari sebutir bintang jatuh;
Di langit malam yang indah.

Maksud pendeknya : Hadiah dari sebutir bintang jatuh (ala-ala wishing star) haaa ada paham?? hehe Baiklah, itu sahaja. Jaga diri! Tata titi tutu~

p.s. Jangan lupa juga untuk baca entri terbaru Nisha iaitu True Horror Story ^____^

Salam sayang,
Nisha
© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.